Friday 13 November 2009

Kursus Bilal kat Politeknik Sultan Idris Shah, Sg. Lang Sabak Bernam

Mulanya aku dapat call dari J/kuasa penganjur pada 5 / 11 / 2009. Dia orang minta akau sampaikan ceramah untuk Kursus Imam dan Bilal kat Surau Politeknik pada 7 / 11 / 2009. Tapi aku tak dapat tunaikan jemputan tu pasal aku tengah sibuk buat persiapan untuk Temasya Sukan Dwi Tahunan Sek. Tebok Jawa. Jadi aku kata kat diorang yang aku tak dapat datang. Ingatkan lepas tu diorang carilah orang lain untuk jadi penceramah kursus tu. Rupa2nya tak. mereka minta juga aku bagi ceramah tu pada lain hari. Oleh kerana beria-ia benar diorang tu aku pun kata boleh la. Maka pada hari Rabu malam khamis yang lalu aku pun pegilah ke Politeknik tu. Punyalah terkezut aku bila samapi je ke Surau yang ramainya student pompuan. yang lelaki adalah juga tapi tidaklah seramai pelajar pompuan. Apa sudah jadi. mana peginya student lelaki bakal-bakal bilal ni...?!. Rupa-rupanya student lelaki datang lewat. Diorang ingat malam tu penceramah ustaz yang biasa dari Politeknik sendiri. tak taulah mana kat mana silapnya. ada miss comunication.
Aku pun mulalah berceramah dengan alat bantu multimedia. aku guna laptop macam selalu aku mengajo kat sekolah. aku buat demo sikit cara2 nak azan. berkumandanglah suara aku dari corong suara surau tu.

2 comments: